Amateur Radio in School (ARiS) SMK Sungai Besar

Amateur Radio in School (ARiS) SMK Sungai Besar
Kerjasama antara KERAP dan SMK Sungai Besar mulai 1 Nov. 2010

Thursday, August 06, 2015

9M10CSB Special Callsign Sempena 10 Tahun KERAP


Permohonan KERAP untuk mendapatkan special callsign 9M10CSB telah diluluskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 28 Julai 2015.

Special callsign ini sah digunakan selama 3 bulan bermula 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2015 sempena 10 Tahun Kelab Radio Amatur Pengakap Sungai Besar (KERAP). Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh tersebut:
1. CQ di semua band HF. Dilakukan oleh sukarelawan pengakap berlesen. Cadangan CQ di "World Scout Frequency".
2. Field-Day, DXing & Eyeball. Tarikh cadangan : 19 - 20 Sept. 2015 (Tertakluk kepada pindaan)
3. 58th World Scout JOTA. 16-18 Okt 2015 di SMK Sungai Besar.

Penubuhan KERAP ini bermula seawal April 2015. Pada Jun 2005, KERAP telah memohon callsign 9M4CSB untuk callsign kelab. 26 September 2005 adalah tarikh Apparatus Assigment (lesen) 9M4CSB dikeluarkan oleh SKMM.

Callsign 9M4CSB pertama kalinya digunakan semasa Jambori di Udara Pengakap Dunia Ke-47 (47th World Scout JOTA) pada Oktober 2005.

Selain itu, KERAP juga pernah menggunakan beberapa special callsign lain semasa JOTA antara 9M4SJG, 9M1CSB dan 9M4SJB sepanjang 10 tahun aktif dalam radio amatur ini.

Displaying 20150802_080136
Mengaktifkan special callsign 9M10CSB di 2m band (di 9M4RBC, RAKL & Astra Linking)
buat kali pertama pada 1 Ogos 2015 dan
sempena hari skaf pengakap sedunia. Opr: 9W2VVH & 9W2VNN.

No comments: