Amateur Radio in School (ARiS) SMK Sungai Besar

Amateur Radio in School (ARiS) SMK Sungai Besar
Kerjasama antara KERAP dan SMK Sungai Besar mulai 1 Nov. 2010

Saturday, October 26, 2013

Stesen JOTA Selangor 9M4CSB dalam Sinar Harian 26.10.2013


Sinar Harian Edisi Selangor&KL
Ms 43 26 Okt. 2013

Monday, October 21, 2013

Laporan Ringkas Stesen JOTA Selangor 9M4CSB - 56th World Scout JOTA 2013

Stn : Stesen JOTA PPM Negeri Selangor
Callsign : 9M4CSB
Lokasi : SK Sungai Haji Dorani
Tarikh : 19-20 Okt. 2013
SJO : Tn Jamali b Jaruti 9W2JGB
Stn Master : Ibrahim b Kadri 9M2IBR
Stn Mgr : Mohd Hussairy b Sidek 9W2VVH
Peserta  : 206
Pemimpin/Guru Pengiring : 38
Urusetia/Petugas : 25

JOTA Pengakap Dunia Ke-56 mencipta sejarahnya tersendiri dan pastinya melakar kenangan dan pengalaman terutamanya bagi peserta yang pertama kali menyertai aktivviti JOTA.. Sambutan yang diterima sungguh menggalakkan daripada peserta yang datang ke stesen JOTA PPM Selangor 9M4CSB kali ini. Stesen JOTA  Negeri Selangor 9M4CSB menerima kunjungan seramai 206 perserta dan 38 Pemimpin menjadikan jumlah penyertaan teramai sejak PPM Daerah Sungai Besar diberi tanggungjawab menganjurkan program JOTA ini sejak 2005.


Kontinjen Pengakap PPM
Daerah Sungai Besar
HB9S op by Yves HB9AOF
Kenangan termanis JOTA kali ini apabila sekali lagi berjaya menghubungi stn HB9S iaitu stn Radio Amatur Biro Pengakap Dunia, Ibu Pejabat Pergerakan Pengakap Dunia (amateur radio station of the World Scout Bureau, the headquarters of the World Organisation Of the Scout Movement (WOSM) di Geneva, Switzerland. Kali ini, stn HB9S dihubungi menggunakan radio HF band 10m. Yves HB9AOF adalah operator bertugas ketika itu. Pertama kali komunikasi dengan stn HB9S adalah pada tahun 2011 semasa JOTA Ke-54 di band 20m dengan operator Rabin 9W2PD.
9M4CSB in the HB9S log
Sepanjang program ini, peserta didedahkan dengan kaedah dan tatacara menggunakan radio amatur seperti penggunaan sebutan fonetik antarabangsa, Kod-Q, Isyarat Kod-Morse dan SOP dalam komunikasi radio amatur di samping aktiviti amali QSO Simplex dalam kumpulan kecil. Selain itu, aktiviti kuiz Pengakap dan JOTA, Kuiz Radio Amatur (Mini RAE) dan Ujian Pemerimaan Kod-Morse dijalankan bagi menguji pengetahuan dan kemahiran peserta dalam ilmu pengakap, JOTA dan Kod-Morse. Menurut peserta, aktiviti yang menarik dan menyeronokkan apabila berpeluang berkomunikasi dengan pengakap dari stn JOTA yang lain.
 

Adik Syai dari SMK SAAS Kajang
QSO bersama V84CBS Brunei JOTA
Berikut senarai stesen JOTA dan individu yang berjaya dihubungi sepanjang stesen JOTA Selangor 9M4CSB beroperasi...

Stn JOTA MALAYSIA
1. 9M2PPM
2. 9M4CJB
3. 9M4PMC
4. 9M8WAT
5. 9M2DY
6. 9M2SLJ
7. 9M4CPH
8. 9M2PX

Stn JOTA ANTARABANGSA
1. HB9S
2. V84CBS
3. YB7ZL
4. BW0S
6. YC5ZZR
7. YC5ZJH
8. YF2ZJH
9. YC5ZJE
10. YC3ZSS

Stn INDIVIDU

1. 9M2YRS/P
2. YC5IJE
3. VU2CSB --- samalah pula surfix dgn 9M4CSB! hi hi
4. ZS5JY
5. YB4OH
6. YC3DUS

Stn JOTA via ECHOLINK
1. A43JOTA
2. HS8FTM

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program JOTA kali ini terutamanya kepada SK Sungai Haji Dorani selaku tuan rumah JOTA 2013, Unit Komunikasi Ibu Pejabat PPM Kebangsaan, PPM Negeri Selangor, PPM Daerah Sungai Besar, Kelab Radio Amatur Sungai Besar, Komuniti Radio Amatur Selangor Utara - ARCONS dan individu-individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Semoga berjumpa lagi di JOTA akan datang. 73


QSO Simplex bagi membina
keyakinan diri untuk berkomunikasi
Bersama Stn Master
Ibrahim 9M2IBR



Mini RAE... 
Ramai.... Peserta stn JOTA 9M4CSB
QSL Card 9M4CSB JOTA 2013
Setup Yagi 3 Bander
9M2KRZ, 9M2AIA, 9W2VND & SWL Wa'ang
Laporan oleh:
MOHD HUSSAIRY BIN SIDEK 9W2VVH
Pengurus Stesen JOTA Selangor 2013 - 9M4CSB

Wednesday, October 16, 2013

9M4CSB JOTA QSL Card 2013

9M4CSB QSL Card 2013
JOTA Pengakap Dunia Ke-56 semakin hampir. Saya percaya, semua stesen JOTA sedang membuat persiapan rapi untuk menjayakan pertemuan pengakap di udara ini. JOTA kali ini dijangka meriah kerana berlangsung serentak di seluruh dunia... bakal mempertemukan ahli pengakap dari merata tempat... suatu keunikan tersendiri dapat berhubung secara langsung... jauh di mata tetapi dekat di telinga! hi hi...

Bagi stesen JOTA PPM Negeri Selangor, QSL Card khas esidi JOTA 2013 telah sedia menanti bagi mengesahkan komunikasi JOTA antara stesen JOTA atau pun stesen individu. Semua QSL yang diterima akan dibalas. QSL hendaklah dihantar kepada 9M4CSB QSL Manager :-

Hussairy 9W2VVH.
No. 36 Jalan PP 2/3, Taman Padu Permai, 45300 Sungai Besar, Selangor.

CQ JOTA CQ JOTA CQ JOTA this is 9M4CSB Selangor JOTA Station...
See you soon 73

Monday, October 07, 2013

MESYURATA JK INDUK/PELAKSANA STN JOTA PPM SELANGOR

Tarikh : 9 Oktober 2013
Hari : Rabu
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat S.K. Sungai Haji Dorani, Sungai Besar
Pakaian :Uniform/Pakaian Rasmi Kerja

Diharap semua AJK terlibat dapat menghadirkan diri bagi memastikan perlaksaan Stn JOTA PPM Selangor 2013 sempena JOTA Pengakap Dunia Ke-56 ini berjalan lancar.

Terima kasih.

MOHD HUSSAIRY SIDEK
ADC Perhubungan PPM Daerah Sungai Besar
Merangkap
Pengurus Stn JOTA 9M4CSB - PPM Selangor

Tuesday, October 01, 2013

Jambori Pengakap Dunia Ke-56 / 56th World Scout JOTA 2013


Callsign : 9M4CSB - Stesen JOTA Pengakap Negeri Selangor
Tarikh : 19-20 OKT. 2013
Lokasi : SK Sungai Haji Dorani

Sumbangan Penyertaan :
RM5.00 - Pengurusan/Sijil/Bahan edaran
RM 5.00 - Lencana Khas JOTA
Jumlah = RM10.00


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi :
1. En. Jamali Jaruti
Koordinator JOTA Pengakap Selangor
(Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar) 013-3986317

2. En. Mohd Hussairy Sidek
Pengurus Stesen JOTA Selangor
( Penolong Pesuruhjaya Daerah - Perhubungan) 019-2585759

Wednesday, September 11, 2013

al-Fatihah buat Allahyarham Ahmad Januri Jamil


Ahmad Januri (Kiri) dalam satu Program Pengakap Kelana - Virgil

Ahmad Januri bin Jamil - 9W2VJN atau lebih mesra dengan panggilan Wak Jan (Wak Jai di kalangan rakan radio amatur) telah kembali ke Rahmatullah pada hari Rabu 4 September 2013 kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Beliau merupakan pemimpin pengakap Kelana A Daerah Sungai Besar manakala dalam PPM Daedah Sungai Besar, beliau adalah Penolong Pesuruhjaya Daerah - (Kelana Terbuka). Dalam komunikasi radio amatur, beliau adalah pemimpin yang pertama yang memiliki set radio dan semangat tidak mengenal erti putus asa dalam mendapatkan lesen radio amatur menjadi inspirasi kepada rakan pengakap yang lain.

Sehubungan itu, PPM Daerah Sungai Besar akan mengadakan satu Majlis Tahlil Arwah pada

 Tarikh : 14 September 2012 (Sabtu malam Ahad)
 Masa : Selepas Solat Isyak (Sekitar jam 9.00 malam)
 Tempat : Rumah arwah di Jalan Tengah Masjid, Tali Air 10, Pasir Panjang, Sekinchan
 GPS : 3.574075N / 101.072194 E
 Calling FRQ : V24 145.300 MHz

Kehadiran Dato'/Tuan/Puan/Encik/Cik/rakan Pengakap/rakan Radio Amatur/Sanak Saudara, Sahabat handai dan mereka yang mengenali Arwah Ahmad Januri  ke majlis tersebut amat-amat dihargai.

Maklumat lanjut boleh berhubung :
Tuan Jamali Jaruti 9W2JGB/Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sg Besar 013-3986317
En. Mohd Hussairy Sidek 9W2VVH/ADC Perhubungan PPMD Sg Besar 019-2585759

Semoga Allahyarham Ahmad Januri Jamil ditempatkan di kalangan orang yang beriman.


al-Fatihah