Amateur Radio in School (ARiS) SMK Sungai Besar

Amateur Radio in School (ARiS) SMK Sungai Besar
Kerjasama antara KERAP dan SMK Sungai Besar mulai 1 Nov. 2010

Thursday, December 03, 2009

JOTA QSL CARD DE 9M2MM



Terima kasih kepada Khalid 9M2MM yang mengirimkan QSL Card.
Beliau telah berkomunikasi dengan penulis (Hussairy 9W2VVH) dan En. Mohd Zaini Taha, Exco Majlis Belia Selangor selepas Majlis Perasmian Stesen JOTA 9M4SJB di SMK Dato' Mustaffa, Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor semasa JOTA Pengakap Dunia Ke-52 yang lalu.

Friday, November 20, 2009

JOTA QSL Card de 9M4SJZ


Terima kasih 9W2KNZ dari Stesen JOTA Ibu Pejabat PPM 9M4SJZ di atas kiriman QSL Card. 73

Thursday, November 05, 2009

Lagi Berita JOTA Pengakap Dunia di Sinar Harian




Sinar Harian @ Selangor & KL
3 November 2009 MS S28

Monday, November 02, 2009

JOTA Pengakap Dunia Ke-52 - Keratan Akhbar Sinar Harian


Keratan Akhbar Sinar@Sabak Bernam 31 Okt. 2009 ms 21

Monday, October 19, 2009

Sekitar JOTA Pengakap Dunia 2009


Sungai Besar - PPM Daerah Sungai Besar telah menyertai Jota Pengakap Dunia Ke-52/52nd World Scout JOTA pada 17 - 18 Oktober 2009 bertempat di SMK Dato' Mustaffa, Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor. Seramai 60 orang ahli pengakap dan unit-unit beruniform lain dari sekolah tersebut menyertai JOTA kali ini. Turut hadir 10 orang pengakap kelanasiswa dari Politeknik Sultan Azlan Syah, Tanjung Malim. Stesen JOTA PPM Daerah Sungai Besar ini menggunakan special event callsign 9M4SJB. En. Ibrahim Kadri 9M2IBR bertindak sebagai Station Master dan Mohd Hussairy Sidek 9W2VVH sebagai Station Manager. Baca selanjutnya/Read more...

Wednesday, September 30, 2009

9M4SJB : STESEN JOTA PPM DAERAH SUNGAI BESAR

JAMBORI DI UDARA PENGAKAP DUNIA KE-52
52nd World Scout JOTA

Stesen JOTA PPM Daerah Sungai Besar
Callsign : 9M4SJB
Tarikh : 17 - 18 Oktober 2009
Lokasi : S.M.K. Dato' Mustaffa, Pasir Panjang, Selangor


Jambori Di Udara/Jamboree On The Air - JOTA - adalah aktiviti tahunan ahli pengakap dari seluruh dunia dapat berhubung melalui Radio Amateur atau Ham Radio. Melalui JOTA ini ahli pengakap dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman. Sejak tahun 1958, iaitu apabila JOTA pertama diadakan dan sehingga kini, berjuta ahli pengakap dari seluruh dunia telah dapat berhubung dan berkenalan melalui aktiviti ini, Ahli pengakap yang mengambil bahagian dalam JOTA dapat berhubung tanpa mengira umur, bilangan peserta dan sebagainya. Pada kebiasaannya stesen radio dikendalikan oleh pengendali yang berlesen. Kebanyakkan pemimpin pengakap telah memiliki lesen dan mempunyai stesen radio masing-masing. Pada lazimnya JOTA akan diadakan pada minggu ketiga bulan Oktober setiap tahun JOTA akan bermula pada pagi hari Sabtu sehingga malam hari Ahad.

Kini, JOTA Pengakap Dunia masuk tahun ke-52. Sempena itu, PPM Sungai Besar, turut merancang bagi memeriahkan JOTA kali ini. Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli pengakap. Pemimpin dan peserta diharap dapat datang pada masa yang ditetapkan supaya aktiviti JOTA dapat dijalankan seperti yang dirancang.

Maklumat lanjut sila hubungi :
Mohd Hussairy Sidek (9W2VVH) - 0192585759
Penolong Pesuruhjaya Daerah (Perhubungan)
PPM Daerah Sungai Besar

Thursday, September 10, 2009

JOTA PENGAKAP DUNIA KE-52 / 52nd World Scout JOTA

The 52nd JOTA 2009

Jambori Di Udara Ke-52/The 52nd Jamboree On The Air datang lagi. Kali ini pada 17 dan 18 Oktober 2009. Maklumat lanjut di web berikut : jota.sub.cc

Sehubungan itu, pihak PPM Daerah Sungai Besar dan KERAP bercadang untuk membuka satu stesen JOTA di SMK Dato' Mustaffa, Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor.

Maklumat lanjut sila hubungi :
Mohd Hussairy Sidek (ADC Perhubungan) 019-2585759

Wednesday, July 01, 2009

Asia Pacific Regional (APR) JOTA Ke-5 dan Perkhemahan Lencana Kegiatan Pengakap 2009



"Diari Daerah"
Keratan Akhbar Sinar Harian
Rabu 29 Julai 2009
ms S23 Sinar @ Kuala Selangor

Tarikh : 31 Julai - 2 Ogos 2009
Maklumat lanjut : http://jota.scouts.my/

Laman Rasmi 5th APR Air Jamboree (Host: Singapore Scout)
http://air-internet.asia/
STESYEN JOTA PPM N. SELANGOR
QTH : SMK PUNCAK ALAM

PPM Negeri Selangor akan menyertai APR JOTA kali ini.
Stesyen JOTA PPM Negeri Selangor akan beroperasi di
SMK Puncak Alam pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2009.
Difahamkan, Semasa APR JOTA ini nanti semua stesyen JOTA
di Malaysia akan menggunakan special callsign
yang akan diumumkan kemudian.

Di bawah ini dilampirkan surat siaran dari
Ibu Pejabat PPM
(Klik surat untuk besarkan paparan)



Di samping APR JOTA, turut dijalankan Perkhemahan Lencana Kegiatan Pengakap (Remaja). Radio amatur menjadi salah satu aktiviti dalam mendapatkan lencana kegiatan tersebut selain Youth Forum dan Kebudayaan.


73 de 9W2VVH

Karnival Bank Rakyat dan Pengakap

Tarikh : 27 - 28 Jun 2009
Tempat : Dataran Tanjung Karang

Terima kasih kepada PPM Negeri Selangor kerana menjemput Kelab Radio Amatur Pengakap Sungai Besar 9M4CSB mengadakan pameran dan demontrasi radio amatur sepanjang karnival tersebut berlangsung. Difahamkan, Bank Rakyat merupakan penaja utama semasa sambutan perayaan 100 Tahun Pengakap Malaysia dan negeri Selangor merupakan destinasi ketiga selepas Kelantan dan Kedah.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang bertugas antaranya Jamali 9W2JGB, Hafizzudin 9W2VND, dan SWL Januri.

73 de Hussairy 9W2VVH

Nota : Gambar akan dimasukkan kemudian.

Sunday, June 07, 2009

KELAS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN RADIO AMATUR

SALAM PENGAKAP !

PROGRAM - KELAS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN RADIO AMATUR

TARIKH : 20-21 JUN 2009

TEMPAT : RUMAH B-P, JALAN HANG JEBAT, KUALA LUMPUR

ANJURAN : KREW KELANA KOMUNIKASI , IBU-PEJABAT PPM

BAYARAN : RM 30.00 ( TERMASUK MAKANAN / MINUMAN / PENGINAPAN )

PENDAFTARAN : 09.00 PAGI ( 20 JUN 2009-SABTU )

BERMINAT : HUBUNGI CIK YUSRA' ADILAH HAMZAH 013-3254672
UNTUK MAKLUMAT PENDAFTARAN DAN MAKLUMAT LANJUT.

Sumber :
ABD. RAHIM
RUMAH B-P
KL
017 6156880

SALAM PENGAKAP !

Wednesday, April 29, 2009

JOTA MALAYSIA KE-2 2009 - 9M1CSB

Tarikh : 16 Mei 2009
Tempat : S.K. Parit 4 Sungai Besar
Peserta : 85 ahli pengakap/kelana/pemimpin


Pihak KERAP mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan JOTA MALAYSIA KEDUA 2009 terutama kepada YB. Puan Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air selaku YDP Majlis Pengakap PPM Sungai Besar, En. Fathulhanid Md. Salleh, Penolong Penyelia Kokurikulum PPD Sabak Bernam, En. Azlan 9M2AGC selaku Station Master, En. Jamali Jaruti, Pesuruhjaya Daerah, dan Urusetia.

Tidak dilupakan rakan-rakan amatur yang memberi sumbangan tenaga dan sokongan moral antaranya Pauzi 9W2APH, Baihaqi 9W2ODC, Nas 9W2VNS, Zaid 9W2VZD, Hafiz 9W2VZD,
Ajir 9W2VRR, Along Ago Go 9W2VDR, Romzie 9W2TZE dan individu yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini.

Penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada pihak pentadbiran SK Parit 4 yang menjadi tuan rumah JOTA Malaysia PPM Daerah Sungai Besar kali ini.

Berikut disiarkan beberapa gambar program tersebut:


Y.B. Pn Noriah sedang QSO dengan Stesen 9M1CSZ


Gambar kenangan bersama YB. Noriah Kasnon



En. Fathul Hanif, Penolong Penyelia Kokurikulum PPD Sabak Bernam
turut hadir ke Stesen Jota Pengakap Sungai Besar 9M1CSB


Gambar beramai-ramai memori JOTA Malaysia Kedua 2009
Stesen JOTA Pengakap Sungai Besar 9M1CSB


Untuk berita penuh dan keratan akhbar, sila lawati link berikut :

http://jota9m4csb.blogspot.com/2009/05/
jota-malaysia-kedua-2009.html



Terima kasih daripada:

En. Mohd Hussairy Sidek
ADC Perhubungan
019-2585759

Sunday, March 08, 2009

KURSUS INDUKSI RADIO AMATUR

Persekutuan Pengakap Malaysia dan KELKOM akan menganjurkan Kursus Induksi Radio Amatur di Kem Pengakap Bagan Lalang, Sepang, Selangor.

Tarikh :
13 -15 Mac 2009

Tempat :
Beach Camp, Bagan Lalang, Sepang, Selangor

Penyertaan :
Pengakap (13-17 Tahun), Kelana dan Pemimpin Pengakap

Yuran Penyertaan :
RM 60 - Makan dan minum sepanjang kursus.
Sila bawa khemah sendiri.

Surat/Atur cara/Borang Penyertaan berkenaan kursus boleh dimuat turun melalui link berikut : Kursus Induksi Radio Amatur.

Maklumat/Pertanyaan, sila hubungi :
Abdul Rahim bin Abdul Hamid 03-20780836 / 017-6156880
Najib Hussin 017-7000756

Sumber : http://www.malaysiascout.org/portal/news.php