Amateur Radio in School (ARiS) SMK Sungai Besar

Amateur Radio in School (ARiS) SMK Sungai Besar
Kerjasama antara KERAP dan SMK Sungai Besar mulai 1 Nov. 2010

Thursday, October 09, 2014

9M4SJB @ 57th World JOTA/18 JOTI 2014


Sempena 57th World Scout JOTA/18th JOTI, PPM Sungai Besar akan membuka stesen radio dengan speciall callsign 9M4SJB pada 18-19 Oktober 2014 bertempat di SMK Sungai Besar.
Program dijalankan secara:
SEHARI ( Pagi - Petang) pada 18 Okt 2014 / Sabtu
atau
BERKHEMAH ( 2 hari 1 malam) pada 18 - 19 Okt 2014 / Sabtu - Ahad

Sumbangan penyertaan sebanyak RM 5.00/peserta dan peserta boleh membeli lencana khas JOTA/JOTI 9M4SJB dengan harga RM 5.00.
Sehubungan dengan itu, ahli pengakap yang berminat menyertai JOTA/JOTI bolehlah menghubungi pemimpin kumpulan masing-masing
Urusan kebenaran penjaga/makan/minum/pengangkutan/alatan berkhemah diurus oleh kumpulan/sekolah masing-masing.
Selain di Sungai Besar, stesen JOTA/JOTI juga dibuka di :
- PPM Gombak di SK Bandar Tasik Puteri (JOTA & JOTI)
- PPM Hulu Langat di SMK BAndar Tun Hussein Onn 2 (JOTA sahaja)
- PPM Petaling di SR Sri Kuala Lumpur (JOTI sahaja)
Pemimpin/Ahli pengakap dari daerah lain boleh menyertai stesen JOTA/JOTI berdekatan. Sila hubungi Pemimpin/Pesuruhjaya Daerah untuk mendapatkan maklumat penyertaaan.
Maklumat/Pertanyaan tentang JOTA/JOTI kepada:
Tn Jamali b Jaruti 9W2JGB 013-3986317
(State JOTA/JOTI Organizer @ SJO Negeri Selangor)
Jumpa di JOTA/JOTI
Mohd Hussairy Sidek 9W2VVH
ADC Perhubungan PPM Sungai Besar
019-2585759

Wednesday, September 03, 2014

Keratan Akhbar 10th APR AIJ 2014

Sinar Harian edisi Selangor & KL, 9 Ogos 2014, ms 48    





Monday, August 04, 2014

10th Asia Pacific Regional Air Internet Jamboree 2-3 Aug 2014

Sekitar Program
Jambori Udara Internet Rantau Asia Pasifik Ke-10 / 10th Asia Pacific Regional Air Internet Jamboree
2-3 Ogos 2014
di SMK Sungai Besar, Selangor.

Stesyen PPM Negeri Selangor
9M4CSB



 Tuan Haji Mokhtar b. Manijo, Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam turut serta menjayakan aktiviti APR AIJ 2014










Thursday, March 20, 2014

Kursus Pengenalan Radio Amatur @ Majlis Belia Daerah Tanjong Malim/Slim river

Pada 16 Mac 2014 yang lalu, KERAP telah mendapat undangan dari Majlis Belia Daerah (MBD) Tanjong Malim/Slim River untuk menjalankan Kursus Pengenalan Radio Amatur kepada ahli badan gabungan MBD tersebut. Seramai 25 orang peserta mengikuti kursus tersebut yang bermula jam 9 pagi hingga 5 petang itu.

Fasilitator dari KERAP diketuai oleh Hussairy 9W2VVH. Dibantu oleh Jamali 9W2JGB dan Din 9W2VND. Antara pengisian Kursus adalah tayangan video komunikasi radio amatur, teori dan amali komunikasi radio amatur.

Secara keseluruhan, kursus berjalan lancar seperti yang dirancang dan mendapat maklum balas yang positif daripada peserta. Difahamkan, mereka berminat untuk mengambil RAE yang akan datang ditambah pula dengan MBD yang begitu supportive dengan memberi inisiatif bayaran yuran RAE sebanyak 50% kepada peserta kursus yang mengambil RAE nanti.

Photo
Hussairy 9W2VVH memberi taklimat kursus
Photo
Gambar beramai-ramai peserta & fasilitator kursus
bersama YDP MBD Tg Malim/Slim River