Amateur Radio in School (ARiS) SMK Sungai Besar
Kerjasama antara KERAP dan SMK Sungai Besar mulai 1 Nov. 2010
Monday, September 13, 2010
Laporan Akhbar Stesen JOTA Selangor 1 - 9M4SJB sempena APR JOTA Ke-6 2010
Tarikh Aktiviti : 6 - 8 Ogos 2010
Lokasi : Kem Seri Lang, SBPI Sabak Bernam
Kelolaan : Kelab Radio Amatur Pengakap Sungai Besar (KERAP) 9M4CSB
Siaran Akhbar Sinar Harian 13 Sep. 2010 MS S29 - Bahagian Sekolah :)
Terima kasih SINAR HARIAN. 73
Wednesday, August 18, 2010
Tuesday, July 20, 2010
JOTA ASIA PASIFIK KE-6
Tarikh : 6 - 8 Ogos 2010
Tempat : SMK Sungai Besar, Selangor
Callsign : 9M4SJB
Station Master : 9M2IBR Ibrahim
Station Manager : 9W2VVH Hussairy 019-2585759
APR Air Internet Jamboree 2010 Host by Persekutuan Pengakap Malaysia
Stesen JOTA kali ini dibuka serentak dengan Kemporee Daerah PPM Sungai Besar - PPM Sabak Bernam 2010.
Maklumat lanjut berkenaan AIJ APR 2010 di sini.
Tuesday, April 20, 2010
JOTA MALAYSIA KE-3 2010
JAMBORI DI UDARA (JOTA) MALAYSIA YANG KETIGA
sukacitanya dimaklumkan bahawa Jambori Di Udara (JOTA) peringkat Kebangsaan Malaysia yang ke tiga akan diadakan dari jam 6.00 petang 14hb Mei (Jumaat) hingga jam 5.00 petang 16hb Mei 2010.
Program tahunan ini dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada ahli Pengakap Malaysia berkenaan Kepengakapan Radio (Radio Scouting) yang makin digemari di kalangan Pengakap seluruh dunia. Ianya juga diharap akan dapat memberi keyakinan diri kepada ahli Pengakap Malaysia untuk menyertai JOTA di peringkat dunia dan rantau Asia Pasifik di mana pada tahun ini Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi JOTA APR pada bulan Ogos akan datang.
JOTA Malaysia kali ini akan diadakan serentak dengan Jambori 1 Belia 1 Malaysia bertempat di Putrajaya. Majlis perasmiaan JOTA akan diadakan pada 14hb Mei 2010 pada sekitar jam 8 malam.Sehubungan dengan itu, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor akan menyertai aktiviti tersebut dan membuka stesen Jota di Tapak Perkhemahan Kontingen PPM Negeri Selangor di Wetland Putrajaya dengan menggunakan callsign 9M4SJB.
Sepertimana di tahun-tahun yang lalu, Krew Kelana Komunikasi Ibu Pejabat Kebangsaan telah dipertanggungjawakan untuk menganjur dan memantau program ini bagi pihak PPM.
Segala pertanyaan dan kemusykilan boleh dimajukan kepada Pesuruhjaya Ibu Pejabat (Komunikasi) yang juga Timbalan Pengerusi Krew, En Ahmad Razif Ramli (019 382 8534 email: razif@scouts.my). Risalah berkenaan JOTA juga boleh dimuat turun dari http://jota.scouts.my
Stesen JOTA yang menyertai aktiviti tersebut hendaklah menghantar laporan menggunakan borang yang telah disediakan dalam risalah tersebut sebelum 15hb Jun 2010.
Jumpa di sana........... 73
Tuesday, February 23, 2010
Friday, January 22, 2010
Notis Peperiksaan Radio Amatur dan Ujian Kod Morse (CW) Siri Pertama 2010
Notis Pemberitahuan RAE dan Ujian Kod Morse di sini
Wednesday, January 13, 2010
QSL CARD JOTA DE V88AHV
Thursday, December 03, 2009
JOTA QSL CARD DE 9M2MM

Terima kasih kepada Khalid 9M2MM yang mengirimkan QSL Card.
Beliau telah berkomunikasi dengan penulis (Hussairy 9W2VVH) dan En. Mohd Zaini Taha, Exco Majlis Belia Selangor selepas Majlis Perasmian Stesen JOTA 9M4SJB di SMK Dato' Mustaffa, Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor semasa JOTA Pengakap Dunia Ke-52 yang lalu.
Friday, November 20, 2009
Thursday, November 05, 2009
Monday, November 02, 2009
Monday, October 19, 2009
Sekitar JOTA Pengakap Dunia 2009

Sungai Besar - PPM Daerah Sungai Besar telah menyertai Jota Pengakap Dunia Ke-52/52nd World Scout JOTA pada 17 - 18 Oktober 2009 bertempat di SMK Dato' Mustaffa, Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor. Seramai 60 orang ahli pengakap dan unit-unit beruniform lain dari sekolah tersebut menyertai JOTA kali ini. Turut hadir 10 orang pengakap kelanasiswa dari Politeknik Sultan Azlan Syah, Tanjung Malim. Stesen JOTA PPM Daerah Sungai Besar ini menggunakan special event callsign 9M4SJB. En. Ibrahim Kadri 9M2IBR bertindak sebagai Station Master dan Mohd Hussairy Sidek 9W2VVH sebagai Station Manager. Baca selanjutnya/Read more...
Wednesday, September 30, 2009
9M4SJB : STESEN JOTA PPM DAERAH SUNGAI BESAR
52nd World Scout JOTA
Callsign : 9M4SJB
Lokasi : S.M.K. Dato' Mustaffa, Pasir Panjang, Selangor
Kini, JOTA Pengakap Dunia masuk tahun ke-52. Sempena itu, PPM Sungai Besar, turut merancang bagi memeriahkan JOTA kali ini. Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli pengakap. Pemimpin dan peserta diharap dapat datang pada masa yang ditetapkan supaya aktiviti JOTA dapat dijalankan seperti yang dirancang.
Maklumat lanjut sila hubungi :
PPM Daerah Sungai Besar
Thursday, September 10, 2009
JOTA PENGAKAP DUNIA KE-52 / 52nd World Scout JOTA
The 52nd JOTA 2009 Jambori Di Udara Ke-52/The 52nd Jamboree On The Air datang lagi. Kali ini pada 17 dan 18 Oktober 2009. Maklumat lanjut di web berikut : jota.sub.cc
Sehubungan itu, pihak PPM Daerah Sungai Besar dan KERAP bercadang untuk membuka satu stesen JOTA di SMK Dato' Mustaffa, Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor.
Maklumat lanjut sila hubungi :
Mohd Hussairy Sidek (ADC Perhubungan) 019-2585759
Wednesday, July 01, 2009
Asia Pacific Regional (APR) JOTA Ke-5 dan Perkhemahan Lencana Kegiatan Pengakap 2009

"Diari Daerah"
Keratan Akhbar Sinar Harian
Rabu 29 Julai 2009
ms S23 Sinar @ Kuala Selangor
Maklumat lanjut : http://jota.scouts.my/
Laman Rasmi 5th APR Air Jamboree (Host: Singapore Scout)
http://air-internet.asia/
QTH : SMK PUNCAK ALAM
PPM Negeri Selangor akan menyertai APR JOTA kali ini.
Stesyen JOTA PPM Negeri Selangor akan beroperasi di
SMK Puncak Alam pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2009.
Difahamkan, Semasa APR JOTA ini nanti semua stesyen JOTA
di Malaysia akan menggunakan special callsign
yang akan diumumkan kemudian.
Di bawah ini dilampirkan surat siaran dari
Ibu Pejabat PPM
(Klik surat untuk besarkan paparan)
Karnival Bank Rakyat dan Pengakap
Tempat : Dataran Tanjung Karang
Terima kasih kepada PPM Negeri Selangor kerana menjemput Kelab Radio Amatur Pengakap Sungai Besar 9M4CSB mengadakan pameran dan demontrasi radio amatur sepanjang karnival tersebut berlangsung. Difahamkan, Bank Rakyat merupakan penaja utama semasa sambutan perayaan 100 Tahun Pengakap Malaysia dan negeri Selangor merupakan destinasi ketiga selepas Kelantan dan Kedah.
Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang bertugas antaranya Jamali 9W2JGB, Hafizzudin 9W2VND, dan SWL Januri.
73 de Hussairy 9W2VVH
Nota : Gambar akan dimasukkan kemudian.
Sunday, June 07, 2009
KELAS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN RADIO AMATUR
PROGRAM - KELAS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN RADIO AMATUR
TARIKH : 20-21 JUN 2009
TEMPAT : RUMAH B-P, JALAN HANG JEBAT, KUALA LUMPUR
ANJURAN : KREW KELANA KOMUNIKASI , IBU-PEJABAT PPM
BAYARAN : RM 30.00 ( TERMASUK MAKANAN / MINUMAN / PENGINAPAN )
PENDAFTARAN : 09.00 PAGI ( 20 JUN 2009-SABTU )
BERMINAT : HUBUNGI CIK YUSRA' ADILAH HAMZAH 013-3254672
UNTUK MAKLUMAT PENDAFTARAN DAN MAKLUMAT LANJUT.
Sumber :
ABD. RAHIM
RUMAH B-P
KL
017 6156880
SALAM PENGAKAP !
Wednesday, April 29, 2009
JOTA MALAYSIA KE-2 2009 - 9M1CSB
Tempat : S.K. Parit 4 Sungai Besar
Peserta : 85 ahli pengakap/kelana/pemimpin
Pihak KERAP mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan JOTA MALAYSIA KEDUA 2009 terutama kepada YB. Puan Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air selaku YDP Majlis Pengakap PPM Sungai Besar, En. Fathulhanid Md. Salleh, Penolong Penyelia Kokurikulum PPD Sabak Bernam, En. Azlan 9M2AGC selaku Station Master, En. Jamali Jaruti, Pesuruhjaya Daerah, dan Urusetia.
Tidak dilupakan rakan-rakan amatur yang memberi sumbangan tenaga dan sokongan moral antaranya Pauzi 9W2APH, Baihaqi 9W2ODC, Nas 9W2VNS, Zaid 9W2VZD, Hafiz 9W2VZD,
Ajir 9W2VRR, Along Ago Go 9W2VDR, Romzie 9W2TZE dan individu yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini.
Penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada pihak pentadbiran SK Parit 4 yang menjadi tuan rumah JOTA Malaysia PPM Daerah Sungai Besar kali ini.
Y.B. Pn Noriah sedang QSO dengan Stesen 9M1CSZ
Gambar kenangan bersama YB. Noriah Kasnon
En. Fathul Hanif, Penolong Penyelia Kokurikulum PPD Sabak Bernam
turut hadir ke Stesen Jota Pengakap Sungai Besar 9M1CSB
Gambar beramai-ramai memori JOTA Malaysia Kedua 2009
Stesen JOTA Pengakap Sungai Besar 9M1CSB
Untuk berita penuh dan keratan akhbar, sila lawati link berikut :
http://jota9m4csb.blogspot.com/2009/05/
jota-malaysia-kedua-2009.html
En. Mohd Hussairy Sidek
ADC Perhubungan
019-2585759
Sunday, March 08, 2009
KURSUS INDUKSI RADIO AMATUR
Tarikh :
13 -15 Mac 2009
Tempat :
Beach Camp, Bagan Lalang, Sepang, Selangor
Penyertaan :
Pengakap (13-17 Tahun), Kelana dan Pemimpin Pengakap
Yuran Penyertaan :
RM 60 - Makan dan minum sepanjang kursus.
Sila bawa khemah sendiri.
Surat/Atur cara/Borang Penyertaan berkenaan kursus boleh dimuat turun melalui link berikut : Kursus Induksi Radio Amatur.
Maklumat/Pertanyaan, sila hubungi :
Abdul Rahim bin Abdul Hamid 03-20780836 / 017-6156880
Najib Hussin 017-7000756
Sumber : http://www.malaysiascout.org/portal/news.php
Friday, September 19, 2008
JASAMU TETAP DIKENANG...Dedikasi untuk 9M2DS
Pak Dollah 9M2DS semasa APR JOTA pada 2 - 3 Ogos lalu.
Ini merupakan aktiviti beliau yang terakhir bersama KERAP.
Sebagai mengenang jasa-jasa beliau kepada KERAP dan dunia radio amatur, marilah kita sama-sama mendoakan agar arwah Pak Dollah ditempatkan di kalangan orang yang mendapat rahmat Ilahi. Mudah-mudahan segala ilmu dan tunjuk ajar daripada beliau dapat kita manfaatkan.
PPM Daerah Sungai Besar, Selangor
Gambar kenangan Pak Dollah bersama
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar, Jamali Jaruti 9W2JGB
dan GPK Kokurikulum SMK Sungai Besar, Hajah Norlala Mohd Amin
( JOTA MALAYSIA PERTAMA 2008)

Gambar kenangan Pak Dollah bersama
YDP Majlis PPM Daerah Sungai Besar, YB Puan Noriah Kasnon
dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar, Jamali Jaruti 9W2JGB
( 4th APR JOTA 2008)
Gambar kenangan Pak Dollah bersama
Hussairy 9W2VVH dan Azura 9W2VVQ
( 48th WORLD SCOUT JOTA 2005)









