Amateur Radio in School (ARiS) SMK Sungai Besar

Amateur Radio in School (ARiS) SMK Sungai Besar
Kerjasama antara KERAP dan SMK Sungai Besar mulai 1 Nov. 2010

Tuesday, April 20, 2010

JOTA MALAYSIA KE-3 2010




JAMBORI DI UDARA (JOTA) MALAYSIA YANG KETIGA

sukacitanya dimaklumkan bahawa Jambori Di Udara (JOTA) peringkat Kebangsaan Malaysia yang ke tiga akan diadakan dari jam 6.00 petang 14hb Mei (Jumaat) hingga jam 5.00 petang 16hb Mei 2010.

Program tahunan ini dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada ahli Pengakap Malaysia berkenaan Kepengakapan Radio (Radio Scouting) yang makin digemari di kalangan Pengakap seluruh dunia. Ianya juga diharap akan dapat memberi keyakinan diri kepada ahli Pengakap Malaysia untuk menyertai JOTA di peringkat dunia dan rantau Asia Pasifik di mana pada tahun ini Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi JOTA APR pada bulan Ogos akan datang.

JOTA Malaysia kali ini akan diadakan serentak dengan Jambori 1 Belia 1 Malaysia bertempat di Putrajaya. Majlis perasmiaan JOTA akan diadakan pada 14hb Mei 2010 pada sekitar jam 8 malam.

Sehubungan dengan itu, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor akan menyertai aktiviti tersebut dan membuka stesen Jota di Tapak Perkhemahan Kontingen PPM Negeri Selangor di Wetland Putrajaya dengan menggunakan callsign 9M4SJB.

Sepertimana di tahun-tahun yang lalu, Krew Kelana Komunikasi Ibu Pejabat Kebangsaan telah dipertanggungjawakan untuk menganjur dan memantau program ini bagi pihak PPM.

Segala pertanyaan dan kemusykilan boleh dimajukan kepada Pesuruhjaya Ibu Pejabat (Komunikasi) yang juga Timbalan Pengerusi Krew, En Ahmad Razif Ramli (019 382 8534 email: razif@scouts.my).
Risalah berkenaan JOTA juga boleh dimuat turun dari http://jota.scouts.my

Stesen JOTA yang menyertai aktiviti tersebut hendaklah menghantar laporan menggunakan borang yang telah disediakan dalam risalah tersebut sebelum 15hb Jun 2010.

Jumpa di sana........... 73




No comments: