Amateur Radio in School (ARiS) SMK Sungai Besar

Amateur Radio in School (ARiS) SMK Sungai Besar
Kerjasama antara KERAP dan SMK Sungai Besar mulai 1 Nov. 2010

Wednesday, September 30, 2009

9M4SJB : STESEN JOTA PPM DAERAH SUNGAI BESAR

JAMBORI DI UDARA PENGAKAP DUNIA KE-52
52nd World Scout JOTA

Stesen JOTA PPM Daerah Sungai Besar
Callsign : 9M4SJB
Tarikh : 17 - 18 Oktober 2009
Lokasi : S.M.K. Dato' Mustaffa, Pasir Panjang, Selangor


Jambori Di Udara/Jamboree On The Air - JOTA - adalah aktiviti tahunan ahli pengakap dari seluruh dunia dapat berhubung melalui Radio Amateur atau Ham Radio. Melalui JOTA ini ahli pengakap dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman. Sejak tahun 1958, iaitu apabila JOTA pertama diadakan dan sehingga kini, berjuta ahli pengakap dari seluruh dunia telah dapat berhubung dan berkenalan melalui aktiviti ini, Ahli pengakap yang mengambil bahagian dalam JOTA dapat berhubung tanpa mengira umur, bilangan peserta dan sebagainya. Pada kebiasaannya stesen radio dikendalikan oleh pengendali yang berlesen. Kebanyakkan pemimpin pengakap telah memiliki lesen dan mempunyai stesen radio masing-masing. Pada lazimnya JOTA akan diadakan pada minggu ketiga bulan Oktober setiap tahun JOTA akan bermula pada pagi hari Sabtu sehingga malam hari Ahad.

Kini, JOTA Pengakap Dunia masuk tahun ke-52. Sempena itu, PPM Sungai Besar, turut merancang bagi memeriahkan JOTA kali ini. Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli pengakap. Pemimpin dan peserta diharap dapat datang pada masa yang ditetapkan supaya aktiviti JOTA dapat dijalankan seperti yang dirancang.

Maklumat lanjut sila hubungi :
Mohd Hussairy Sidek (9W2VVH) - 0192585759
Penolong Pesuruhjaya Daerah (Perhubungan)
PPM Daerah Sungai Besar

Thursday, September 10, 2009

JOTA PENGAKAP DUNIA KE-52 / 52nd World Scout JOTA

The 52nd JOTA 2009

Jambori Di Udara Ke-52/The 52nd Jamboree On The Air datang lagi. Kali ini pada 17 dan 18 Oktober 2009. Maklumat lanjut di web berikut : jota.sub.cc

Sehubungan itu, pihak PPM Daerah Sungai Besar dan KERAP bercadang untuk membuka satu stesen JOTA di SMK Dato' Mustaffa, Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor.

Maklumat lanjut sila hubungi :
Mohd Hussairy Sidek (ADC Perhubungan) 019-2585759