Amateur Radio in School (ARiS) SMK Sungai Besar

Amateur Radio in School (ARiS) SMK Sungai Besar
Kerjasama antara KERAP dan SMK Sungai Besar mulai 1 Nov. 2010

Wednesday, July 01, 2009

Asia Pacific Regional (APR) JOTA Ke-5 dan Perkhemahan Lencana Kegiatan Pengakap 2009



"Diari Daerah"
Keratan Akhbar Sinar Harian
Rabu 29 Julai 2009
ms S23 Sinar @ Kuala Selangor

Tarikh : 31 Julai - 2 Ogos 2009
Maklumat lanjut : http://jota.scouts.my/

Laman Rasmi 5th APR Air Jamboree (Host: Singapore Scout)
http://air-internet.asia/
STESYEN JOTA PPM N. SELANGOR
QTH : SMK PUNCAK ALAM

PPM Negeri Selangor akan menyertai APR JOTA kali ini.
Stesyen JOTA PPM Negeri Selangor akan beroperasi di
SMK Puncak Alam pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2009.
Difahamkan, Semasa APR JOTA ini nanti semua stesyen JOTA
di Malaysia akan menggunakan special callsign
yang akan diumumkan kemudian.

Di bawah ini dilampirkan surat siaran dari
Ibu Pejabat PPM
(Klik surat untuk besarkan paparan)



Di samping APR JOTA, turut dijalankan Perkhemahan Lencana Kegiatan Pengakap (Remaja). Radio amatur menjadi salah satu aktiviti dalam mendapatkan lencana kegiatan tersebut selain Youth Forum dan Kebudayaan.


73 de 9W2VVH

Karnival Bank Rakyat dan Pengakap

Tarikh : 27 - 28 Jun 2009
Tempat : Dataran Tanjung Karang

Terima kasih kepada PPM Negeri Selangor kerana menjemput Kelab Radio Amatur Pengakap Sungai Besar 9M4CSB mengadakan pameran dan demontrasi radio amatur sepanjang karnival tersebut berlangsung. Difahamkan, Bank Rakyat merupakan penaja utama semasa sambutan perayaan 100 Tahun Pengakap Malaysia dan negeri Selangor merupakan destinasi ketiga selepas Kelantan dan Kedah.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang bertugas antaranya Jamali 9W2JGB, Hafizzudin 9W2VND, dan SWL Januri.

73 de Hussairy 9W2VVH

Nota : Gambar akan dimasukkan kemudian.