Amateur Radio in School (ARiS) SMK Sungai Besar

Amateur Radio in School (ARiS) SMK Sungai Besar
Kerjasama antara KERAP dan SMK Sungai Besar mulai 1 Nov. 2010

Friday, September 19, 2008

JASAMU TETAP DIKENANG...Dedikasi untuk 9M2DS

Hussairy 9W2VVH menyampaikan cenderahati kepada
Pak Dollah 9M2DS semasa APR JOTA pada 2 - 3 Ogos lalu.
Ini merupakan aktiviti beliau yang terakhir bersama KERAP.


Tanggal 28 Ogos 2008, pada usia 77 tahun, dunia ham di Malaysia khasnya kepada Kelab Radio Amatur Pengakap Sungai Besar (KERAP) telah kehilangan seorang mentor yang dianggap sebagai seorang bapa di kalangan pemimpin dan pengakap di PPM Sungai Besar. Beliau seorang yang cukup dedikasi dalam menjalankan aktiviti radio kepengakapan, iaitu Jamboree Di Udara (JOTA). Beliau yang dimaksudkan ialah Abdullah bin Abdul Samad (9M2DS) atau lebih mesra dengan panggilan Pak Dollah atau Daddy Sayang Atau Dondang Sayang.

Beliau merupakan salah seorang yang memberi sokongan padu semasa diawal penubuhan KERAP. Malah, beliau juga bersama Ahmad Hasni 9M2ABC telah menurunkan tandatangan dalam borang sokongan 9M berserta dokumen lain untuk mendapatkan penguntukan radas kelab dengan callsign 9M4CSB daripada SKMM. Pada 22 September 2005, Penguntukan Radas 9M4CSB dikeluarkan oleh SKMM Wilayah Tengah sekaligus PPM Daerah Sungai Besar mencipta sejarah tersendiri sebagai daerah pertama menubuhkan Kelab Radio Amatur Pengakap di PPM Negeri Selangor.

Sumbangan beliau sebagai Station Master bagi 9M4CSB bermula sejak 2005 iaitu ketika PPM Daerah Sungai Besar menjadi tuan rumah Stesen JOTA Negeri Selangor semasa menyertai JOTA Pengakap Sedunia Ke-48 di Sekinchan, Selangor. Selepas itu pada 2007 di Balai JKKK Sungai Limau, Sungai Besar, Selangor semasa menjayakan JOTA Pengakap Sedunia Ke-50.

Seterusnya, pada 2008, sempena Ulang Tahun 100 Tahun Persekutuan Pengakap Malaysia, KERAP menggunakan special callsign 9M1CSB dalam aktiviti JOTA yang disertai. Antaranya ialah JOTA Malaysia Pertama pada 17 - 18 Mei 2008 dan JOTA Rantau Asia Pasifik Kali Ke-4 pada 2 - 3 Ogos 2008 yang lalu. Kedua-dua aktiviti ini dijalankan di SMK Sungai Besar, Selangor.

Secara peribadi, penulis mengenali Pak Dollah ketika beliau menjadi Station Master World Scout JOTA pada 1994 di Kem Sardon Zubir, Balakong. Boleh dikatakan Pak Dollah adalah orang pertama yang memperkenalkan radio amatur kepada saya. Sejak daripada itu, minat terhadap radio amatur semakin subur sehinggalah akhirnya saya lulus RAE pada hujung tahun 1997 di Sabah dan mendapat AA pada 1998 dengan callsign 9W6VH. Bertemu semula dengan Pak Dollah di PWTC ketika RAE pertama di bawah kelolaan SKMM pada tahun 2000.

Semasa di Sabah (1997 - Jun 2004), Penulis juga aktif dalam menjayakan aktiviti JOTA sama ada di Ibu Pejabat PPM Cawangan Negeri Sabah ataupun di PPM Daerah Penampang dan kesinambungannya diteruskan apabila penulis berpindah ke PPM Daerah Sungai Besar mulai Julai 2004.

Sebagai mengenang jasa-jasa beliau kepada KERAP dan dunia radio amatur, marilah kita sama-sama mendoakan agar arwah Pak Dollah ditempatkan di kalangan orang yang mendapat rahmat Ilahi. Mudah-mudahan segala ilmu dan tunjuk ajar daripada beliau dapat kita manfaatkan.

al-Fatihah. Amin.

Mohd Hussairy Sidek 9W2VVH
ADC Perhubungan
PPM Daerah Sungai Besar, Selangor
Merangkap
Penyelars Kelab Radio Amatur Pengakap Sungai Besar (KERAP)


Gambar kenangan Pak Dollah bersama
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar, Jamali Jaruti 9W2JGB
dan GPK Kokurikulum SMK Sungai Besar, Hajah Norlala Mohd Amin
( JOTA MALAYSIA PERTAMA 2008)



Gambar kenangan Pak Dollah bersama
YDP Majlis PPM Daerah Sungai Besar, YB Puan Noriah Kasnon
dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar, Jamali Jaruti 9W2JGB
( 4th APR JOTA 2008)


Gambar kenangan Pak Dollah bersama
Hussairy 9W2VVH dan Azura 9W2VVQ
( 48th WORLD SCOUT JOTA 2005)

2 comments:

9W2FRR said...

Belasungkawa dan Al-Fatihan buat Allahyarham Pak Dollah 9M2DS..
Pertama kali mengenali 9M2DS di JOTA S'gor 2005 dan seterusnya menjadi station radio amatur atas tunjuk ajar dari Allahyarham dan 9W2VVH..
Kali terakhir bersama Allahyarham ketika bersama menjadi NetContoller 2M NET sempena Sambutan 100 Tahun Pengakap Malaysia..
Jasa Allahyarham kpd warga Ham&Pengakap tidak ternilai dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama org2 yg beriman.. Amin

-9W2FRR-
http://kelanafgombak.blogspot.com/
http://amateuromeo.blogspot.com/

辣炒年糕Blue said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社