Amateur Radio in School (ARiS) SMK Sungai Besar

Amateur Radio in School (ARiS) SMK Sungai Besar
Kerjasama antara KERAP dan SMK Sungai Besar mulai 1 Nov. 2010

Friday, October 07, 2005

PPM SUNGAI BESAR LAKAR SEJARAH

Pertama Tubuh Kelab Radio Amatur di PPM Negeri Selangor


PPM Sungai Besar melakar sejarah tersendiri apabila Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia (SKMM) telah meluluskan permohonan mendapatkan lesen dan ‘callsign’ kepada Kelab Radio Amatur Pengakap Sungai Besar. Sehubungan itu, callsign 9M4CSB akan digunakan sebagai isyarat pengenalan kepada stesen JOTA Negeri Selangor yang akan berlangsung pada 14 hingga 16 Oktober serentak dengan pelancaran kelab ini. Pelancaran Kelab Radio disempurnakan oleh Y.A.B. Dato, Menteri Besar Selangor.


Idea penubuhan kelab ini bermula semasa Pesuruhjaya Daerah ketika itu, Mohd Ariff bin Hairoman dan beberapa orang pemimpin iaitu Mohd Hussairy bin Sidek, Saipullah bin Kassim, Ahmad Januri bin Jamil dan Helmi bin Arshad (Kelana A) berbincang di D’Muara Marine Park, Sungai Haji Dorani pada April 2005. Rentetan daripada perbincangan itu, satu Kursus Pengenalan Radio Amatur kepada Pemimpin Pengakap telah diadakan pada bulan Jun 2005 dengan kehadiran 38 pemimpin pengakap. Kursus tersebut diadakan di Bilik Mesyuarat Utama SMK Sungai Besar.

Seterusnya, pada 12 Julai 2005, semua dokumen termasuk mendapatkan tandatangan sokongan daripada Abdullah Bin Abd Samad (9M2DS) dan Ahmad Hasni bin Mohamed Jalilah (9M2ABC), surat permohonan mendapatkan lesen dan ‘callsign’ telah dihantar kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia melalui Pejabat SKMM Wilayah Tengah di Shah Alam, Selangor untuk kelulusan dan pada 22 September 2005, sahlah PPM Sungai Besar melakar sejarah sebagai PPM Daerah pertama yang menubuhkan Kelab Radio Amatur di PPM Negeri Selangor.


Laporan :
Mohd Hussairy Bin Sidek (9W2VVH)
ADC Perhubungan PPM Daerah Sungai Besar





Penubuhan Kelab Radio Pengakap Sungai Besar dalam Akhbar Sinar : Sinar @ Selangor & KL, 19 Oktober 2007 ms S30

2 comments:

MAS RADEN@SSUKUR said...

Bagus, tapi perlu diperbanyakkan maklumat terkini.

Langkawi Scouts said...

Ide yg blh dikembangkan ke semua PPM daerah - KERAP Langkawi, KERAP Yan dll.